June 4, 2007

Aku raja dalam rumah

> Life Documentary — kaSyah @ 7:07 pm

Hari ini bermulanya aku tinggal di rumah bersama sepupu aku. Abah, ibu dan adik-adik aku semuanya pergi ke Kelantan. Abah ada mesyuarat di sana dan mereka mengambil kesempatan untuk bercuti sekali. Mula-mula aku mahu tinggal seorang juga tetapi ibu menyuruh ada orang temankan. Okaylah aku ajak Uni temankan aku seminggu ini.

Im King

Hari ini seperti biasa ibu sudah siapkan sarapan pagi merangkumi makan tengah hari. Bagi aku, aku rangkumkan sekali untuk makan malam. :P . Ibu sudah berpesan siram pokok bunga dan beri ikan makan. Okay boleh saja. Nasib baik ada Uni, aku akan buat giliran dengan dia. :P

Sekarang sudah petang, hujan masih belum berhenti. Sudah bagus, aku tidak gusar untuk siram pokok di luar. Oh pokok di dalam aku suruh Uni siram dulu..haha. Ikan aku sudah makan ke belum? Biarkan saja, hari ini mereka berpuasa. Aku malas mahu turun ke bawah kerana lebih seronok dengan bantal empuk di sini.

Malam ini aku mahu tambah lauk apa? Ikan? ayam? Nanti aku cari dalam fridge jika ada nugget atau hotdog. Goreng telur pun sudah cukup. Maggi? Tidak berminat kecuali aku dalam kesempitan wang yang kronik..hehe

Hari ini aku sudah cuci tandas dan kemas bilik. Seperti biasa jika aku bercuti lebih dari 3 hari dan kembali ke rumah, bilik aku akan menjadi taman permainan adik-adik aku. Bilik air aku menjadi Sunway Lagoon. Aku tidak memahami kenapa bilik aku menjadi kesukaan mereka sedangkan banyak lagi bilik lain mereka boleh selongkar. Adakah kerana haruman Ambi Pur yang aku ‘on’ dalam bilik ini?

Aku tidak mahu keluar dari rumah minggu ini. Aku mahu menjadi raja dalam rumah. :D

Popularity: 2% [?]

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

Comment by WaWa
2007-06-04 20:38:27

erm.. sejak family aku balik dari UK 2 tahun lepas, aku dah tak jadi maharani dalam rumah. haha. rindu pula saat2 bermaharanilela di rumah, bila hanya ada aku seorang. bayangkan, dari tahun 2001 sehingga 2005 hanya aku di rumah! pergh~ memang rumah macam aku yang punya! hahahaaa..

Comment by mohdismail
2007-06-04 20:54:13

amboi.. 4 tahun duk sorang2 kat umah.. ko pompuan plak tu.. tegar hati ko ye.. ha ha

Comment by WaWa
2007-06-04 22:47:10

erm.. dah biasa pon. haha..

 
 
 
Comment by kasyah
2007-06-04 20:51:13

seronok betul ko masa tu.. aku pun jeles gak tapi nak try dalam seminggu ni camne. best juga rupanya dok umah sorang2

 
Comment by WaWa
2007-06-04 22:48:23

best wooo.. tapi harapnya ko x bosan la ek.. sbb kalo dok kat umah seminggu, xmo kuar2, sah2 la bosan. :p

Comment by kasyah
2007-06-05 01:53:04

Aku akan try beberapa hari ni. Aku mahu menguji tahap kebosanan aku boleh tahan sampai hari ke berapa.. :D

Comment by wawa
2007-06-05 08:36:52

kalau rumah ada internet, dan astro..seminggu boleh tahan la .

tapi kalau takde internet..mati kutu lah.

seronok gak lepak sensonrang jadi raja dalam rumah once in a while kan

Comment by kasyah
2007-06-05 14:14:20

Hoho boring gak..tapi banyak juga kerja kena buat kalau tinggal sorang2..siram pokok,masak..huhu..terasa betul la.

 
 
 
 
Comment by shutterspeaks
2007-06-06 21:39:32

aku kalau jadi raja di rumah, megi or mekdi deliveri je lah jawabnya heheh…

Comment by Kasyah
2007-06-06 22:12:24

Aku terpaksa masak sendiri di rumah kerana semua barang dapur dah ada. Ayah aku kasi 50 tapi aku taknak pakai, nak simpan ..hehe.

 
 
2007-06-18 12:40:04

[…] hilang fokus terhadap development kerjaya mereka. Aku mahu duduk di rumah sahaja lepas grad, boleh? Siram pokok bunga […]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.