Hari ini merupakan hari ke-44 aku berblog dan hari untuk fast update yang pertama. Jom!
Coding jahat
Kepada pencinta Internet Explorer, maafkan aku kerana anda mengalami kepayahan untuk melayari kaSyah dot com. Sejak pagi tadi aku memberanikan diri untuk mencari dan mengedit coding jahat itu tetapi masih tidak berjaya. Jikalau anda masih bermasalah untuk membaca entri-entri di blog ini, aku syorkan bertukar segera kepada Mozilla Firefox ataupun Safari. Oh ya, ada sesiapa sudi membantu aku?
Theme baru
Beberapa theme baru sudah masuk dalam list aku. Ya, aku perlukan pertukaran agar pengguna IE tidak tunggang-langgang melihat blog aku. Cuma ia tidak semudah yang difikirkan. Aku masih perlu membuat perubahan plugins, kesesuaian, citarasa dan pelbagai perkara yang perlu dibuat semula dari awal.
Hilang fokus
Aku masih mencari-cari fokus yang sesuai untuk menulis tentang apa. So far aku menggunakan persekitaran aku untuk mengeluarkan idea beku ku. Menulis kerana apa? Minat, syok sendiri, populariti? Pembaca kasyah dot com, terima kasih kerana sudi membaca entri-entri aku. Anda anda kritikan? Utarakan sahaja kepadaku.
Streamyx
Sudah 5 hari ‘menatang’ ni buat problem. Super lambat. Aku tidak mengerti adakah TMNet sudah limitkan bandwidth untuk penggunanya. Aku bengang.
Mereka di Sungai Buloh
Yeah.. aku mencari mereka yang tinggal di sana. Hubungi aku dan katakan minat kamu. Itu sahaja aku perlukan. Aku mahu tanyakan ‘sesuatu‘. Sungai Buloh yang di Selangor ye.
Life DocumentaryPopularity: 6% [?]
utk keraskan perut ade x?
spy xsnang buncit..kurus dan nmpak rata je perut..lawa kn?hihi:)
Aku menerima komen dari pembaca kasyah dot com tentang masalah di bahagian perut selepas entri ‘Anda mahu kurus?‘. Hari ini aku mahu kongsikan satu senaman yang mudah untuk anda ‘Must-Do-It‘ di rumah tanpa perlu pergi ke gimnasium.
Aku cuma senaraikan 1 sahaja yang aku rasakan efektif dan kurang sakit belakang. Senaman seperti sit-up memang popular tetapi ia sesuatu yang tidak disukai jika anda selalu sakit belakang. Impaknya, mungkin di lain waktu anda malas untuk bersenam lagi.
Senaman menggunakan ‘belon besar‘ ini aku variasikan kepada 3. Aku lebih prefer untuk menerangkan melalui gambar supaya lebih mudah untuk anda bayangkannya.
1. Stability Ball Crunch
(more…)
boroi buncit Discovery Health lembikPopularity: 9% [?]
Pernahkah anda perasan bahawa kebanyakkan graduan dari universiti terlalu kepingin untuk bekerja dengan mereka yang kita panggil “college dropouts“. Satu ayat yang lantas membuatkan kita terbayangkan budak-budak universiti yang ‘grad awal’ atau kena buang universiti. Contoh paling banyak adalah di UTM (Universiti Tendang Menendang)
Tetapi dropouts seperti Bill Gates (Microsoft), Michael Dell (Dell Computers) ataupun Ted Turner (CNN) itulah yang kita bangga-banggakan untuk bekerja di bawah mereka. Dropouts yang kininya adalah bilionair.
Universiti untuk memulakan perniagaan bukanlah Harvard Business School. Bill Gates tidak mahu menamatkan pengajiannya di Harvard setelah nampak peluang besar pada masa itu (mula membeli satu software, edit dan jual semula kepada IBM dengan harga lebih tinggi). Bermula dengan DOS dia mula meraih keuntungan besar dan kemudiannya mencipta WINDOWS, yang digunapakai di seluruh dunia sekarang.
(more…)
cashflow Dream come True dropoutPopularity: 4% [?]
Si*l
Aku bangun pagi dan ada sms dari N. Kenapa aku reply balik. Kenapa aku berani buka balik friendster dia. Kenapa masih ada perasaan jealous. Sh*t! Bersusah payah aku menahan diri kali ini hancur lagi.
Sudah aku sekarang dalam ‘gloomy mood‘. Aku ada entri penting hari ini dan nampaknya ianya kian hanyut dibuat perasaan diri yang kacau-bilau.
Woi kaSyah, mana mood ceria kau? Cepat kau cari!
Satu apa pun tak jadi sekarang.
Aku mahu luahkan perasaan….minta maaf menjadikan blog ini sebagai luahan yang tak pasti. Perlukah aku berkongsi cerita dengan Rasso.
Oh man, lihat diri kau. Kau sudah banyak berubah… kenapa kau masih fikirkan ‘itu’.
Aku benci diri aku. Tidak aku kena menyukai diri aku. Semua ini cumalah satu cabaran untuk hari ini.
Hei kaSyah, kau puas??
- Berikan aku sinar - Tak kau yang kena cari sinar itu - Impossible - NO, it’s “I am POSSIBLE”!-
Maafkan aku untuk entri yang sia-sia hari ini.
duka Life Documentary memoriPopularity: 4% [?]
Lelaki membujang, satu istilah yang kurang diambil berat berbanding dengan andartu perempuan yang masih solo. Tetapi mengapa mereka masih bujang? Sebagai membalas entri dari Kak Ktom, aku cuba mencari puncanya.
Jiraiya, pervert lonely single guy.
1. Masih belum puas enjoy dengan dunia muda
Walaupun mereka tahu perkahwinan itu lebih ‘nikmat’ dari membujang, tetapi mereka lebih memikirkan kenikmatan peribadi. Bagi mereka setelah menjadi seorang suami dan bapa akan menyebabkan hilangnya dunia ‘freedom and enjoy’. Mereka mahu bebas. Tidak mahu dibebankan dengan apa yang dipanggil ‘tanggungjawab‘.
2. Takut penampilan baru mereka
Mereka ditakutkan dengan perut yang semakin boroi, rambut semakin botak, populariti yang semakin menurun di kalangan awek-awek. Pendek kata saham mereka jatuh. Tapi aku masih hairan kenapa anak-anak dara zaman sekarang minat benar dengan suami orang ya. Lelaki bujang kan ramai…ish..ish…
(more…)
bujang Sarcastic vs Opinion singlePopularity: 6% [?]
Anda bosan kerana asyik pergi berdating ke tempat yang sama sahaja. Sebut sahaja tengok wayang, window shopping, karaoke mahupun bowling. Seperti menjadi rutin apabila keluar pada hari minggu. Mahukan kelainan? Sempena hari Ahad ini, kaSyah dot com mahu berikan anda pilihan lain dan menjimatkan.
1. Kedai-kedai buku popular yang menawarkan pembacaan secara percuma di sana
Singgah saja di MPH ataupun Kinokuniya. Ajak pasangan anda memilih beberapa buah buku dan cari sudut yang sesuai untuk berdating bersama buku-buku itu. Kongsikan pandangan dan kritikan anda terhadap buku-buku yang difikirkan menarik.
Kinokuniya
(more…)
dating kinokuniya pasangan Sarcastic vs OpinionPopularity: 5% [?]
Bangun.
Mandi.
Buat apa yang ‘patut’.
Aku kejut adik bongsu yang semalam beriya-iya mahu mengikutku.
Kejut sekali tak bangun.
Ke dapur dan buat Kopi Radix dicampur dengan Nespray.
Kejutkan adikku sekali lagi sambil berkata, “Semalam nak sangat ikut, bangun pagi pun tak larat.”
Bingkas dia bangun dan aku suruh cuci muka dan buang air kecil.
Kami bersiap dan mula warm-up.
Mulakan larian perlahan dan start jogging.
Adikku bersemangat, aku senyum sambil berkata, “Jangan laju sangat…”
Nampak seekor anjing di depan dan aku cuak kerana sebelum ini tidak pernah ketemu seekor pun pagi-pagi ini.
Menyuruh adikku jangan pandang dan teruskan jogging kami.
Kami semakin jauh dan anjing itu nampaknya takut dengan muka ‘ganas’ku.
Setelah beberapa round adikku sudah tak larat dan aku menghala tujukan jogging ke arah rumah kami.
Berikan kunci pada adikku dan aku meneruskan jogging pagi itu keseorangan seperti biasa.
Balik ke rumah dan adik bongsuku sudah terlentang di ruang tamu.
Naik ke bilik dan buat apa yang ‘patut’.
anjing jogging Life DocumentaryPopularity: 3% [?]