May
22
2007
19

Isyarat lucah untuk yang tersayang

Ketika M sibuk bertanyakan proses membalut hadiah, aku merayau-rayau di sekitar kedai. Melihat-lihat barang-barang menarik di sini. Nampaknya tidak susah untuk membuatkan aku berhenti merayau pabila sudah ketemu sesuatu yang aku anggap ‘menarik’.


Cari saya

Aku berharap anda berani meneka apakah itu. Di sebalik jari-jari yang menunjukkan pelbagai gaya, terselit keberanian di situ.


I hate you!

Wah… mahu diberikan hadiah kepada siapa pula ya? Aku mula terfikir, mungkin kepada bekas kekasih yang mengecewakan hati. Kepada si dia yang curang. Atau berolok-olok dengan kawan-kawan seperjuangan.

Boleh pulak jual kat sini ye? Aku berminat juga nak beli, cuma ongkosnya ngak ada…

hadiah isyarat lucah Out of Ordinary

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Out of Ordinary |
May
22
2007
19

Banting. Kesudahannya.

Aku baru sahaja balik dari Pudu setelah menghantar M yang akan mengambil bas balik ke Perlis. So, apa yang berlaku semalam.

Jalur masa peristiwa semalam :

3.50pm : Kami pergi ke Giant Shah Alam dan SACC untuk mencari barang hadiah.

5.10pm : Bertolak ke Banting. Kami ikut lebuhraya KESAS.

6.15pm : Sampai di Banting, pergi ke kilang Megasteel.

7.50pm : Menunggu bulan jatuh ke riba.

Sepanjang perjalanan, M berasa sangsi sama ada A akan berjumpa dengan dia atau tak. Aku cuma mampu tersenyum dan ketawa. “Kau relax…yang penting kita pergi dulu. YES or NO belakang cerita.” Ini semua gara-gara A yang menghantar mesej semasa kami di Giant Shah Alam yang menyuruh agar kami tak payah datang dengan alasan penat dan lambat balik rumah.

Mencari hadiah

Mencari sesuatu

Tapi aku suruh M jumpa A juga. Duit minyak dah isi.Hadiah dah beli. Kalau ini yang kali terakhir, at least kita dah buat sesuatu. Aku kasihan juga pada M kerana tak makan lagi. Bukan tak nak makan tapi dah takde mood nak makan. Aku tak nak paksa.Banyak perkara bermain-main dalam fikiran M dan aku pasal A (Kami berbincang di dalam kereta). Mungkinkah dia balik ada orang hantar? Dia ada kekasih baru? Kenapa dia ada nombor telefon yang lain?Kenapa tiba-tiba tak nak kita jumpa?

M ajak aku pergi ke kilang A untuk mengintip. Okay. Aku layan je. Macam orang dah kemaruk nak rujuk je…hehe. Kami sampai juga di kilang A tetapi nampaknya lokasi yang tidak sesuai dan keadaan yang kurang mengizinkan kami kembali ke bandar Banting.

Kilang Megasteel

Megasteel

Kali ini M pula yang memandu. Kami pergi ke kawasan perumahan A untuk melaksanakan misi intipan kami. Kami berpusing di sekitar taman perumahan beberapa kali dan mencari port terbaik untuk mengintip. Kami berhenti di satu yang yang kami rasakan sesuai.

Aku dah takde keje

Dah boring

Kami mematikan enjin dan membuka tingkap. Tetapi nampaknya port kami menjadi port nyamuk pula. Aku terpaksa memasukkan tangan aku ke dalam baju kerana tidak mahu darah manis aku menjadi santapan malam nyamuk-nyamuk tersebut. Tapi aku tak tahan. Baru sahaja aku nak ajak M cari port lain, aku melihat di depanku satu pemandangan yang indah.Aku melihat seorang gadis bertudung sedang menyapu sampah di depan rumahnya pada pukul 9.45 malam. Walaupun aku tidak dapat melihat dengan jelas gadis itu tetapi aku tertawan seketika melihat dia menyapu malam-malam buta ni. Rajin betul ye awek tu sapu sampah malam-malam buta. Tapi pelik jugak aku rasa. Awek ni tak boleh sapu sampah petang-petang ke. Masuk la rumah. Kang harimau ngap kang. Aku jugak melepas…haha.

Tunggu punya tunggu punya tunggu… akhirnya kami melihat kelibat sebuah Perdana berhenti di satu simpang. Seorang awek yang baru balik dari kerja turun dari Perdana itu. M terus menyorokkan diri sambil berkata A yang turun tu. Aku cuma buat muka bodoh pandang A sambil senyum-senyum. Aku harap A tak ingat sangat muka aku.

Setelah A berlalu , M dan aku berasa tersentap. Terasa jiwa ini kosong sangat…(Eh, kenapa aku pun sama…?Haha) .

“Patut lah dia tak nak jumpa aku, dia dah ada pakwe baru pakai Perdana.”
“Relax bro, mungkin member dia hantarkan dia balik. Tapi kalau betul, sabar-sabar. Nanti aku tukar kereta BMW ye.”

Aku dapat melihat dan merasakan yang M sudah menjadi kelam-kabut. Sudah macam mereng. Aku suruh dia berhenti di simpang jalan. Hati sudah gundah-gelana, buat apa pun tak betul.

“Ko pergi je jumpa A. Alang-alang dah sampai sini. Ingat misi kita agar ko jumpa dia. Pantang mengalah sebelum try.” aku paksa M.

And the rest is history….

Alhamdulillah … berjaya juga M menambat hati A kembali. Aku tumpang gembira. Berharap agar mereka cepat-cepat bertunang dah berkahwin. Rupa-rupanya lelaki yang membawa Perdana cumalah kawan tempat kerja A.

“Baik ko cari kerja cepat-cepat, nanti A kena tackle dengan bos-bos kat tempat kerja, melepas lagi kau.”
“Aku sekarang dah lega. Memang aku nak pergi interview lepas ni.”

So kepada M, aku harap ko jaga la A baik-baik. Aku berdoa jodoh kau dengan A kekal sepanjang hayat.

ps - Maaf aku kurang sihat..dan aku menunggu satu soalan panas dari kalian.

banting Buddies with Me cinta Mission

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Buddies with Me |
May
21
2007
28

Saya tahu saya tak handsome tapi jangan buat saya begini

Aku telah setahun lebih mengenali seorang perempuan ni. Di awal perkenalan, kami selalu ber’sms’. Tapi dia mempunyai perangai yang pelik seperti biskut Chipsmore iaitu kejap ada, kejap takde. Pada mulanya aku anggap biasa sahaja lebih-lebih lagi aku memang tiada niat lain dengan dia. ‘Just a friend’.

Kejap nak kejap tak nak. Macam Chipsmore


Chipsmore. Kejap nak, kejap taknak

Tapi suatu hari aku tersedar, betapa bodohnya aku kerana lambat menyedari niat gadis itu. Mungkin ayat ini kurang manis tapi gadis itu selama ini mempergunakan aku untuk menambat hati kawan aku. Bagi lelaki, bila kita dipergunakan oleh wanita sudah pasti kita ego kita yang tinggi akan mendidih 100 darjah celcius. Tetapi semua itu akan menjadi negatif darjah celcius apabila keindahan wanita menjadi satu alasan untuk lelaki terus menjadi bodoh dipergunakan.

Saya tahu saya tak handsome

Saya handsome
Nasib aku masih baik kerana aku kenal mana itu intan, mana itu kaca. Aku minta maaf kerana aku sudah punya pengalaman seperti itu dengan gadis lain. So sepanjang perhubungan kami aku pura-pura menjadi seperti tidak tahu dan melayan seperti biasa. Cuma ‘feeling‘nya kali ini sudah lari.Pengalaman pertama aku dengan gadis yang aku rasakan mempergunakan aku itu memang lambat sangat aku sedar. Adakah kerana muka dan badannya persis model dan ayat-ayat manis yang diluahkan kepada aku menyebabkan otak aku tidak dapat berfungsi dengan baik. Walaupun pernah tersenarai dalam Top 20 Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, namun aku peduli apa.


Mencari Bintang Pantene

Aku menjadi geram dan marah apabila dia mempergunakan kawan-kawan aku. Minta maaf, buat masa ini kawan-kawan aku lebih bernilai. Terasa pula diri ini macam habis madu sepah dibuang (Korang jangan fikir bukan-bukan pula). Tak susah, aku terus menyepikan diri dan menukar nombor telefon. Senang cerita.Okay, tutup cerita.

Member aku, M akan datang tengah hari ini dari Perlis. Dia menempuh perjalanan yang jauh tergesa-gesa cumalah dengan satu tujuan. Memikat kembali awek lama dia. Tadi dia baru menelefon aku dan menceritakan tentang hati dia yang sampai sekarang masih tak dapat lupakan ex-girfriend dia (Mereka baru sahaja clash 2 bulan lepas). Tak silap aku hubungan M dan bekas awek dia sejak zaman sekolah lagi.

“Ko masih cintakan dia ke?”
“Aku memang cintakan A. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia.”
“Dia sayangkan ko tak?”
“A pun masih sayangkan aku.”
“Kalo betul-betul hati ko cakap ko masih tak dapat lupakan dia, esok ko datang. Jangan pulak ko dengar cakap orang atau benda-benda lain yang mengarut.”
“Ko ada cadangan tak aku nak kasi hadiah apa nak ngurat dia balik?”

Kalau aku, nak kasi barang-barang spa ni. Biar kasi wangi lagi..haha

Barang-barang spa

Aku terkedu kerana aku tak mempunyai pengalaman seperti itu. So aku meminta jasa baik anda semua jika ada idea tentang hadiah yang bakal diberi, tolonglah bagitahu. Mengarut ke, tah pape ke, just kasi idea. Sekian trimas kasih.

handsome Life Documentary My Documentary Pentene

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |
May
20
2007
28

MU, kami berjaya membalas dendam!


Winner of FA Cup

Nampaknya hari ini aku gembira kerana pasukan kesukaan aku, Chelsea berjaya menjuarai FA Cup. Walaupun aku tidak tengok sepenuhnya perlawanan semalam tapi aku yakin pasukan kesayanganku akan berjaya menewaskan pasukan pilihan Chot..hahaha. Kali ini Chelsea berjaya menebus kehampaan selepas terlepas peluang untuk menjadi juara English Premier League yang ketiga berturut-turut selepas takhta liga dirampas oleh Manchester United.


Rembatan untuk gol kemenangan

Didier Drogba menjadi wira Chelsea selepas berjaya menyumbat gol 4 minit sebelum permainan dibawa ke set penentuan penalti. 116 minit perlawan akhir FA Cup musim ini mungkin antara detik bersejarah bagi Drogba untuk gol yang diciptakan. Nampaknya tidak sia-sia pelaburan Chelsea yang membawa masuk pemain yang baru-baru mendapat anugerah Premiership Golden Boot. Musim kali ini Drogba menjadi minat aku yang baru walaupun Andriy Shevchenko baru menyertai kelab Chelsea. Tapi musim Shevchenko di Chelsea mungkin satu kegagalan baginya. Aku berharap dia kembali ke AC Milan kerana aku lebih berminat melihat dia bermain di sana.


andriy shevchenko vs didier drogba

Mungkin musim ini tidak seteruk yang disangka. At least Chelsea berjaya juga menjuarai sesuatu. Dengan pelbagai masalah dalaman dan kecederaan pemain pada awal musim, aku amat berharap Chelsea akan berjaya memberi kenangan yang manis untuk peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia. Nampaknya malam tadi impian semua penyokong yang setia dimakbulkan.

Oh ya, tadi aku baru terbaca paper pasal AF. Mila menjadi juara. Aku terkejut…la dah habis rupanya AF5. Minta maaf, aku memang tak layan AF.

Chelsea deogba Football Sky Sports

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Sky Sports |
May
18
2007
20

Pertama kali upgrade Wordpress + Game Nex Pepsi

Yihaaa…. aku berjaya mengupgradekan wordpress aku ke version 2.2 . Kalau anda nak upgrade gak, dapatkan segera di sini. Cepat kerana ini sehingga 12 tengah malam waktu Malaysia, link download ini akan ditutup…hehehe.

Aku berasa gembira kerana berjaya lulus ujian pertama mengupgradekan blog aku. Sebelum tu banyak kali aku baca macam mana nak upgrading wordpress. Backup sana, backup sini….takut jugak kalau ada files yang hilang. Kes naya je.

Oh ya!Version 2.2 telah mengcenterkan gambar-gambar di blog aku. Tapi kalau aku buka Internet Explorer la. Firefox still macam biasa. Nak kena belajar ni camne nak center gambar. Nampak lebih kemas dan tersusun. Tapi di bahagian blogroll terdapat bentuk-bentuk macam 0. Aku masih berusaha nak hilangkannya.

So sementara aku menunggu nak proses download + delete + upload , aku pun melayan keboringan dengan game Pepsi. Game Nex ni aku jumpa di blog Chot. Aku main dah lepas level pertama. Level kedua masih terkial-kial kerana aku asyik salah taip huruf di papan kekunci.

Sebab dah boring aku main Game Extreme. Kali ni aku main macam level satu tapi lebih extreme kerana aku perlu pecahkan 35 dinding ais. Paling banyak aku berjaya pecahkan 29 dinding ais sahaja. Aku paling suka mamat ni menjerit yeahhh!! Sungguh bersemangat!

tumbukan 100hp pendekar laut

Kurin kepala besi

yeaaaahhhh!!!!

kuasa sharingan

Sakit mak!

So kali ini aku try pula game ketiga. Game ketiga amatlah sesuai jika anda sedang dalam keadaan begini.

tension

Game ini memang best kalau anda nak lepaskan tension…boleh pukul orang lepas tu lambung-lambung lagi..

Tapi kalau anda masih tension, mungkin yoga dapat membantu.

Baik untuk kesihatan

ataupun

urut badan


massage la badan anda selalu…best.

Killer Technology Pepsi Wordpress

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Killer Technology |

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes