Anda pernah gagal? Tonton ini
Pertama kali aku menonton drama Korea bertajuk The Succesful Story of Bright Girl lakonan Jang Na Ra dan Jang Hyuk, aku terus jatuh hati. Aku sangat suka babak-babak di mana Han Ki-tae (Jang Hyuk) yang sukakan Cha Yang-soon (Jang Na Ra) tetapi sangat ego untuk mengaku.

Ki-tae yang telah muflis setelah syarikat dan rumahnya telah dirampas terpaksa berlawan dengan sifat maha egoisnya untuk menentang musuhnya. Dia terpaksa berpura-pura menjadi anjing kepada Joo-tae (insan yang menyebabkan dia muflis) sementara untuk membina perancangan baru merampas kembali syarikat kosmetiknya.

Perasaan Ki-tae yang kacau-bilau itu sampai ke kemuncak sehingga mengambil keputusan untuk membunuh Joo-tae. Hampir sahaja Ki-tae mahu menikam Joo-tae, Yang-soon yang berada di tengah-tengah kekecohan itu terus berkata “Sarang-heyo (I love you)!!” kepada Ki-tae. Nampaknya kuasa cinta membuatkan perkara jahat yang ingin kita ingin buat boleh terbatal dengan sendirinya.

Di sini aku melihat semangat tidak berputus asa Yang-soon yang sentiasa berfikiran optimis dalam menghadapi apa jua cabaran. Dia umpama bidadari yang datang memberi semangat kepada Ki-tae di saat-saat jiwa Ki-tae yang sedang berserabut dengan pelbagai masalah. Dia tetap percaya kepada impian Ki-tae untuk mendapatkan kembali syarikatnya dan sentiasa meng”chaiyo-chaiyo“kan Ki-tae.
“Chaiyo..Chaiyo!!!”

Kesudahannya, sudah pasti hero menang dan semuanya gembira..haha. Kalau tidak mungkin itu kali terakhir aku melihat drama itu. Aku membuat beberapa kesimpulan tentang drama Korea ini iaitu :
1.Jangan terlalu egois dalam hal-hal berkaitan cinta ataupun kerjaya. Down to erth.
2.Never give up! Never give up! Selagi anda masih hidup selagi anda masih berjejak kaki di atas bumi, jangan berputus asa.
3.Satu bonus andai terdapat teman-teman kita yang kita panggil “Masa senang dia ada, masa susah pun dia ada”. Inilah yang dikatakan teman sejati.
4.Cari awek seperti Cha Yang-soon. Mesti hidup kita selalu bermotivasi.
Mahu tambah lagi??
Entri yang berkaitan dari member-member aku.
Kisah Kegagalan Saya
Perjalanan Seni Afdlin Shauki- Eh?
Popularity: 6% [?]





















