May
31
2007
29

Hari terakhir bulan Mei

Mungkin ada yang pernah melihat video 2 orang pemain berlawan ping-pong versi matrix. Kali ini aku bawakan pergaduhan di meja makan versi matrix pula.

Monolog

Aku pernah berharap agar segala kesilapan aku dulu semasa bercinta dapat diputarkan. Setelah jiwa dikecewakan baru aku tahu tinggi rendahnya langit. Masa itu baru aku sedar tidak semuanya indah. Masa itu baru aku tahu beginilah rasanya. Masa itu aku berasa sangat bodoh, tapi sekarang aku tahu semua itu adalah bekalan yang amat berguna untuk masa hadapan.

Aku telah mendapat pengajaran yang paling berharga. Benar kegagalan adalah pengalaman yang paling berharga. Suatu ketika dulu aku menyalahkan diri sendiri, namun sekarang aku sangat gembira kerana aku pernah gagal. Banyak perkara yang sebelum ini aku tidak perasan, aku tidak nampak, mula memunculkan diri satu-persatu.

Tidak salah aku katakan mereka yang pernah gagal bercinta akan temui cinta yang lebih berjaya kerana pernah gagal bercinta. Sama seperti kebanyakkan jutawan di dunia, mereka pernah gagal juga. Aku lebih menyukai diriku sekarang.

Tamat.

A new day!

Kepada pembaca Kasyah.com, esok aku akan membuat revolusi di Kasyah dot com. :D
Aku sangat menghargai sokongan anda selama 23 hari aku berblog. Semalam juga aku telah berjaya melepasi target untuk bulan ini. Untuk permulaan bulan yang baru, kita perlu mulakan sesuatu yang baru juga kan?

Diary Drama Inspiration My Documentary

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |
May
30
2007
78

Anda mahu kurus?

Rata-rata rakyat Malaysia sekarang kurang mengambil perhatian terhadap mereka yang berbadan besar. Sudah menjadi satu ‘mind state’ dalam fikiran apabila kita berkata seseorang itu ‘gemuk’, kita sudah membayangkan sesuatu yang kurang enak.

Fatty BoomBoom

Cuba anda bertanya kepada A anda samada mahu berkenalan dengan seseorang. Kalau anda katakan bahawa kawan anda itu berbadan besar, kemungkinan besar juga A akan menolak pelawaan anda. Betul atau tidak??

(more…)

Discovery Health Health Kesihatan kurus Personaliti

Popularity: 24% [?]

Written by kaSyah in: Discovery Health |
May
30
2007
18

Addons Firefox yang mesti aku ada

Setiap kali aku selesai format komputer dan mahu install Firefox, aku akan pastikan 2 addons Firefox yang wajib ada.

1. Video Downloader :

Digunakan untuk mendownload klip video dari Youtube. Selalunya aku akan buka file flv (format klip video Youtube) menggunakan Media Player Classic.

21.JPG

2. InFormEnter :

Penting setiap kali aku mahu meninggalkan komen-komen di blog. Juga digunakan jika aku mahu submit ke direktori. Senang sikit kerja aku berbanding menggunakan fungsi ‘copy’ dan ‘paste’ dari notepad.

informenter-1_t.jpg

Link untuk download :

Video Downloader
InFormEnter

Anda pakai addons apa? Sila-silalah kongsikan okay!

Nantikan entri aku pada pukul 30 May 11.59 pagi waktu Malaysia. :D

addon firefox Killer Technology video

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Killer Technology |
May
29
2007
23

Masa mencemburuiku

Dalam dua minggu ini aku berasa amat pantas sekali masa berlalu. Aku jarang keluar rumah sekarang dan selalu berada di bilikku untuk melayari internet. Walaupun hampir keseluruhan kehidupan aku kini berada di dunia maya internet, aku masih tidak dapat mengawal masa aku dengan baik. Aku masih perlukan kehidupan sebenar aku. Aku cuba mencari-cari apakah punca aku tidak dapat mengoptimumkan penggunaan masa untuk melayari internet. Di bawah aku senaraikan antara sebab-musababnya.

1. Tidak terfokus untuk membuka satu website sahaja. Menggunakan fungsi Firefox Toolbar untuk membuka terlalu banyak tab. Bila ini berlaku akan terjadi aku akan membuka website-website hiburan, Friendster, Myspace.

2. Melawat forum-forum untuk mencari idea tetapi singgah di thread yang melalaikan seperti borak-borak, cinta metropolitan, cari kawan dan sebagainya.

3. Men’google’ dan men’download’ lagu-lagu MP3 dan mencari video klip artis-artis Jepun dan Korea.

4. Mudah terpengaruh dengan iklan-iklan atau penyataan yang kelihatan mempersona. Rugikan masa mengklik.

5. Menulis blog ini. :P

Doreamon

Aku terfikir kalau aku mempunyai mesin masa Doraemon, mudah sahaja untuk pergi semula ke masa lampau dan betulkan kembali kesilapan. Tapi kalau ada, buatkan manusia tidak bermotivasi untuk hidup lebih baik kerana apa sahaja kesalahan yang dibuat mereka cuma perlu ‘reset’ kembali. Kucar-kacir jadinya dunia ini.

Untuk hari ini aku akan cuba kurangkan yang nombor 3 dahulu. Biar lambat asalkan berhasil. Tapi aku mahu cepat…hehe. Anda ada idea bagaimana kita harus uruskan masa dengan bijak semasa melayari internet?

360 Diary My Documentary Travel

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |
May
28
2007
18

World Without Engineers

Bagus juga kalau tiada engineer..haha.

Aeronautical Engineers
Aeronautical Engineers

Civil Engineers
Civil Engineers

Computer Engineers
Computer Engineers

Electronics Engineers
Electronics Engineers

Mechanical Engineers
Mechanical Engineers

Communication Engineers
Communication Engineers

Semalam dan hari ini aku mengalami hari-hari sibuk. Beberapa perkara yang perlu diselesaikan, beberapa perkara perlu diambil tahu. Hari ini aku dilanda ke’stress’an tetapi aku masih dalam kawalan. Subuh tadi aku baru menyiapkan Photos Nook. Aku masih berura-ura untuk membuat sedikit perubahan dalam blog aku. Selama 5 hari aku masih tidak berjaya meletakkan kod ‘Show Top Commentators’ di sidebar aku. Masih mencari alternatif. Siapa ada idea?

Sila baca Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google

engineer Out of Ordinary world

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Out of Ordinary |

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes