Jun
08
2007

200 Pounds Beauty

Usai sudah aku menonton filem dari Korea bertajuk 200 Pounds Beauty setelah selesai filem ini aku download malam tadi. Mendengar tajuknya pastinya anda boleh mengagak jalan ceritanya. Untuk mengetahui sinopsis lengkapnya, baca sahaja di sini. Ringkasnya filem ini berkisar tentang seorang gadis bertubuh besar yang mentransformasi bentuk badan dan personaliti dirinya. Pastinya ada sebab dia berbuat demikian kan…

Aku amat tertarik dengan jalan ceritanya. Mari aku kongsikan apa yang menarik tentang filem 200 Pounds Beauty . Oh ya, heroin cerita ini bernama Kang Hanna yang menyukai Sang-jun. Hanna bekerja sebagai penyanyi untuk Ammy dan partime jobnya sebagai ‘call service’ operator untuk lelaki yang kesunyian . :P

200poundsbeautypart1-116_0001.jpg

“She talented (Hanna), but ugly and fat.”
“You’re untalented (Ammy), but gorgeous and sexy.”

Walaupun berbakat tetapi Hanna tiada pakej yang mencukupi untuk menjadi penyanyi sebenar kerana kekurangannya. Dia cuma layak menyanyi untuk Ammy di sebalik tabir.

200poundsbeautypart1-253_0001.jpg

“Plastic surgery? I would never do it.”
“Its for those who lack confidence in themselves.”

Aku tertarik dengan kata-kata Hanna setelah dia berjaya mendapat bentuk badan yang diidam-idamkan. Adakah plastic surgery yang dilakukan bukanlah kerana dia tiada keyakinan tetapi mahu memulakan hidup dan personaliti baru. Atau kata-katanya hanyalah mahu mengabui orang di sekelilingnya. Mereka yang melakukan plastic surgery hanyalah mereka yang tiada keyakinan diri??

200poundsbeautypart2-020_0001.jpg

“Unless you act confidently, you can’t win his heart.”
Beauty is attitude, okay?”

Bentuk badan sahaja yang berubah tetapi personaliti Hanna masih kekal seperti dulu. Lack of confidence. Dia bertemu kembali doktor yang membuat plastic surgery tetapi disuruh agar betulkan dulu mind settingnya sebelum mahu membetulkan body figurenya.

200poundsbeautypart2-090_0001.jpg

“What’s a person to do when all they can do is watch from afar?”
“Do you have any idea what it feels like not being able to confess one’s love?”

Semasa ini Hanna mengimbau memori lamanya bila mana dia tidak dapat meluahkan rasa cintanya kepada Sang-Jun. Dulu dia menganggap dia gadis yang di’reject’ oleh setiap lelaki. Setelah dia menjadi cantik, pandangan lelaki di sekeliling terhadapnya mula berubah. Dia mula memahami golongan yang pernah mengalami situasi sepertinya.

200poundsbeautypart2-269_0001.jpg

“I deserted my friend, my dad.”
“And myself.”
“I don’t know who i am anymore.”

Hanna membuat pengakuan tentang sejarah dirinya yang sebenar semasa konsertnya yang pertama. Hatiku yang keras amatlah tersentuh dalam babak ini. Kejujuran mengatasi segala kepalsuan. Hidup tidak akan tenang jika ianya penuh kepura-puraan.

200poundsbeautypart2-289_0001.jpg

“What do you like about her?”
“I don’t know.”
“Because she is pretty?”
“Asshole like you will say so.”
“Because she’s innocent?”
Asshole like me will say so.”

Sang-jun mula menyedari hakikat cinta yang sebenarnya. Cantik bukanlah saiz badan semata-mata.

Filem ini ditayangkan di Korea pada Disember 2006. Aku tadi baru perasan tayangannya ada di Malaysia. Personal opinion dari aku, 4 bintang.

Hey lelaki, mana satu pilihan kalbu? Aku mahukan yang ‘itu’.

200poundsbeauty.jpg

200 pounds beauty Cinema in My Way korea Movies

Popularity: 6% [?]

Written by kaSyah in: Cinema in My Way |

31 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24